Tuesday, January 11, 2011

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Tahun 2011

 Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas SMA JAIM Assyakirin telah diadakan pada 11 Januari 2011 bertempat di tapak perhimpunan sekolah. 

Berikut merupakan aturcara majlis tersebut : -

7.30 pagi : Ketibaan semua pelajar dan guru - guru
8.00 pagi : Ketibaan Tuan Perasmi, Yang Setia Cif Inspektor Mohamed Bin Mahat, Cawangan IPD Jasin
8.05 pagi : Nyanyian lagu Negaraku
8.15 pagi : Aluan pengacara majlis
8.20 pagi : Bacaan doa oleh Tn. Hj. Dzulhelmi Bin Sopian
8.25 pagi : Ucapan Pengetua, Tn. Hj. Abdullah Thani Bin Masbar
8.35 pagi : Ucapan Perasmian oleh Yang Setia Cin Inspektor Mohamed Bin Mahat, Cawangan IPD Jasin
8.55 pagi : Penyerahan watikah pelantikan kepada pengawas
9.00 pagi : Bacaan Ikrar
9.05 pagi : Majlis Bersurai


 
 Pengerusi Majlis : Pn. Nik Nor Fadhilah Binti Nik Nordin


Ucapan Tuan Pengetua Tn. Hj. Abdullah Thani Bin Masbar

 Ucapan Perasmian oleh Yang Setia Cif Inspektor Mohamed Bin Mahat, Cawangan IPD Jasin

Ketua Pengawas Saudara Abdul Wafi Bin Abdul Aziz 
 
 
 Penolong Ketua Pengawas  Saudari Aainaa Binti Idris




 Bacaan Ikar









 Cenderahati tanda terima kasih kami kepada Yang Setia Cif Inspektor Mohamed Bin Mahat


Semoga pelajar - pelajar yang dilantik menjadi Pengawas tahun ini akan melaksanakan segala tugas dan amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi. InsyaAllah...

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas Tahun 2011

Tuesday, January 4, 2011

PEPERIKSAAN PMR DAN SPM TAHUN 2011




PMR
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011 (5 hari)
  11 - 12 Oktober 2011
 
SPM

Ujian Bertulis


14 November - 14 Disember 2011  (16 hari)





PM (ULANGAN)
Ujian Lisan

Ujian Bertulis
15 -17 Jun  2011 (3 hari)

13- 14 Jun 2011 (2 hari)

Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP) : 15 - 17 Jun 2011 (3 hari)


* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:

UPSR : 03 - 8884 3382
PMR : 03 - 8884 3394
SPM : 03 - 8884 3330
STAM : 03 - 8884 3340
Peperiksaan Luar Negeri : 03 - 8884 3346

Permohonan Online Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)

Adalah dimaklumkan bahawa iklan bagi permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Tahun 2011 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Kedoktoran dan Sarjana akan dibuka mulai 19 Januari 2011 hingga 18 Februari 2011.
 
Sekian, harap maklum.
 
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

Monday, January 3, 2011

Perhimpunan Rasmi Yang Pertama Bagi Tahun 2011

Rutin setiap hari Selasa kini diteruskan kembali. Perhimpunan rasmi yang pertama bagi tahun 2011 dikendalikan oleh Saudara Abdul Wafi pelajar tingkatan 5 Al-Zamakhsyari. Tuan Pengetua telah memgumumkan pencapaian PMR bagi tahun 2010 adalah sebanyak 66.7 %. Terdapat peningkatan sebanyak 6.1 % berbanding pencapaian PMR tahun 2009. Tahniah kepada semua guru dan pelajar di atas kejayaan tersebut.

Pelajar terbaik PMR bagi tahun 2010 iatu Muhammad Falaq Bin Adnan bernasib baik kerana mendapat saguhati daripada GPK Kokurikulum merangkap guru matapelajaran Sains PMR bagi tahun 2010 kerana berjaya mendapat A bagi subjek tersebut.


 Warga Assyakirin mengucapkan tahniah kepada Muhammad Falaq Bin Adnan di atas kejayaan mendapat 7A,1B dan 1C di dalam PMR yang lalu.Semoga kejayaan beliau menjadi inspirasi dan memberi cetusan semangat kepada calon-calon PMR tahun ini..

 Ucapan Tuan Pengetua 



 Ucapan GPK HEM

Sekian..


Sunday, January 2, 2011

Sekitar Hari Pendaftaran Bagi Tahun 2011


 Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Bagi Tahun 2011 telah diadakan di Asrama Puteri Sekolah pada hari Sabtu 2 Januari 2011 bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 11.30 pagi. Alhamdulillah seramai 30 orang pelajar Tingkatan 1 telah mendaftar pada hari tersebut.

Ucapan Tuan Pengetua









 Ibubapa Pelajar Tingkatan 1







 Ibubapa Pelajar Tingkatan 1

 Kaunter Bayaran PIBG 
 Kaunter Koperasi

 YDP PIBG & Pengerusi Majlis

Kaunter Bayaran Asrama
 Ustazah Mariam bagi pendaftaran Tingkatan 3

 Cik Rosida bagi pendaftaran pelajar Tingkatan 5
 Ustazah Nor Shahida bagi pendaftaran pelajar Tingkatan 4

 Cikgu Nik Norfadhilah bagi pendaftaran pelajar Tingkatan 2


Cikgu Shaflina membantu urusan pembayaran PIBG

 Ustaz Abdul Salam setia menunggu di Bilik SPBT


Ustaz Dzulhelmi membantu urusan SPBT