Sunday, March 27, 2011

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI PERTAMA 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan Kali Pertama SMA JAIM Assyakirin telah diadakan di Bilik Mesyuarat SRA JAIM Selandar. Tajuk kali ini adalah EduwebTV.Guru-guru telah didedahkan dengan cara bagaimana menggunakan Eduwebtv di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Banyak input yang diperolehi sepanjang sesi penerangan oleh penceramah.Berikut gambar-gambar yang sempat diambil sebagai kenangan di masa hadapan.


Sunday, March 13, 2011

Pemantauan Berkelompok Sektor Pendidikan Islam JPM Ke SM JAIM Assyakirin Selandar -

Pemantauan Berkelompok SABK bagi bulan Mac 2011 oleh Sektor Pendidikan Islam JPM telah dijalankan di SMA JAIM Assyakirin Selandar pada 9 Mac bermula jam 8 pagi hingga 1.30 tengahari. Telah diketuai oleh Ketua sektor SPI iaitu Tuan Hj Ismail bin Hj Mohmd dan dibantu oleh beberapa orang pegawai. Pihak sekolah telah memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang pemantauan tersebut. 
 
Gambar-gambar sekitar Pemantauan Berkelompok...
 
Dengan adanya pemantauan ini, pihak sekolah dapat menambah nilai dalam menguruskan pentadbiran sekolah.

MTQSS (SM) Kaw. Jasin 2011

ALHAMDULILLAH, SMA JAIM As-Syakirin, Selandar telah berjaya menjadi johan dalam dua kategori pertandingan yang telah dijalankan. Persaingan sengit pada tahun ini telah mewarnai kawasan pertandingan sejak awal lagi. SMA As-Syakirin telah dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran (L & P). dan mendapat tempat ketiga dalam Hafazan Lelaki. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YDP PIBG SMK Jasin di Dewan Besar sekolah pada jam 2.10 petang tadi.


JOHAN TILAWAH LELAKI
JOHAN TILAWAH PEREMPUAN
KETIGA HAFAZAN LELAKI



TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG

Tuesday, January 11, 2011

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Tahun 2011

 Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas SMA JAIM Assyakirin telah diadakan pada 11 Januari 2011 bertempat di tapak perhimpunan sekolah. 

Berikut merupakan aturcara majlis tersebut : -

7.30 pagi : Ketibaan semua pelajar dan guru - guru
8.00 pagi : Ketibaan Tuan Perasmi, Yang Setia Cif Inspektor Mohamed Bin Mahat, Cawangan IPD Jasin
8.05 pagi : Nyanyian lagu Negaraku
8.15 pagi : Aluan pengacara majlis
8.20 pagi : Bacaan doa oleh Tn. Hj. Dzulhelmi Bin Sopian
8.25 pagi : Ucapan Pengetua, Tn. Hj. Abdullah Thani Bin Masbar
8.35 pagi : Ucapan Perasmian oleh Yang Setia Cin Inspektor Mohamed Bin Mahat, Cawangan IPD Jasin
8.55 pagi : Penyerahan watikah pelantikan kepada pengawas
9.00 pagi : Bacaan Ikrar
9.05 pagi : Majlis Bersurai


 
 Pengerusi Majlis : Pn. Nik Nor Fadhilah Binti Nik Nordin


Ucapan Tuan Pengetua Tn. Hj. Abdullah Thani Bin Masbar

 Ucapan Perasmian oleh Yang Setia Cif Inspektor Mohamed Bin Mahat, Cawangan IPD Jasin

Ketua Pengawas Saudara Abdul Wafi Bin Abdul Aziz 
 
 
 Penolong Ketua Pengawas  Saudari Aainaa Binti Idris




 Bacaan Ikar









 Cenderahati tanda terima kasih kami kepada Yang Setia Cif Inspektor Mohamed Bin Mahat


Semoga pelajar - pelajar yang dilantik menjadi Pengawas tahun ini akan melaksanakan segala tugas dan amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi. InsyaAllah...

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas Tahun 2011

Tuesday, January 4, 2011

PEPERIKSAAN PMR DAN SPM TAHUN 2011




PMR
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011 (5 hari)
  11 - 12 Oktober 2011
 
SPM

Ujian Bertulis


14 November - 14 Disember 2011  (16 hari)





PM (ULANGAN)
Ujian Lisan

Ujian Bertulis
15 -17 Jun  2011 (3 hari)

13- 14 Jun 2011 (2 hari)

Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP) : 15 - 17 Jun 2011 (3 hari)


* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:

UPSR : 03 - 8884 3382
PMR : 03 - 8884 3394
SPM : 03 - 8884 3330
STAM : 03 - 8884 3340
Peperiksaan Luar Negeri : 03 - 8884 3346

Permohonan Online Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)

Adalah dimaklumkan bahawa iklan bagi permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Tahun 2011 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Kedoktoran dan Sarjana akan dibuka mulai 19 Januari 2011 hingga 18 Februari 2011.
 
Sekian, harap maklum.
 
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia