Latihan Dalam Perkhidmatan Kali Pertama SMA JAIM Assyakirin telah diadakan di Bilik Mesyuarat SRA JAIM Selandar. Tajuk kali ini adalah EduwebTV.Guru-guru telah didedahkan dengan cara bagaimana menggunakan Eduwebtv di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Banyak input yang diperolehi sepanjang sesi penerangan oleh penceramah.Berikut gambar-gambar yang sempat diambil sebagai kenangan di masa hadapan.
Sunday, March 27, 2011
Sunday, March 13, 2011
Pemantauan Berkelompok Sektor Pendidikan Islam JPM Ke SM JAIM Assyakirin Selandar -
Pemantauan Berkelompok SABK bagi bulan Mac 2011 oleh Sektor Pendidikan Islam JPM telah dijalankan di SMA JAIM Assyakirin Selandar pada 9 Mac bermula jam 8 pagi hingga 1.30 tengahari. Telah diketuai oleh Ketua sektor SPI iaitu Tuan Hj Ismail bin Hj Mohmd dan dibantu oleh beberapa orang pegawai. Pihak sekolah telah memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang pemantauan tersebut.
Gambar-gambar sekitar Pemantauan Berkelompok...
MTQSS (SM) Kaw. Jasin 2011
ALHAMDULILLAH, SMA JAIM As-Syakirin, Selandar telah berjaya menjadi johan dalam dua kategori pertandingan yang telah dijalankan. Persaingan sengit pada tahun ini telah mewarnai kawasan pertandingan sejak awal lagi. SMA As-Syakirin telah dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran (L & P). dan mendapat tempat ketiga dalam Hafazan Lelaki. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YDP PIBG SMK Jasin di Dewan Besar sekolah pada jam 2.10 petang tadi.
![]() |
JOHAN TILAWAH LELAKI |
![]() |
JOHAN TILAWAH PEREMPUAN |
![]() | ||||
KETIGA HAFAZAN LELAKI |
Subscribe to:
Posts (Atom)