Wednesday, December 29, 2010

Pendaftaran Pelajar Bagi Tahun 2011

Pendaftaran pelajar bagi tahun 2011 akan diadakan pada 2 Januari 2011
bermula pada jam 8.30 pagi sehingga pukul 11.30 pagi.

Bagi pelajar tingkatan 1, pendaftaran akan diadakan di Asrama Puteri sepenuhnya

Bagi pelajar tingkatan 2,3, 4 dan 5 pula pendaftaran akan diadakan di kelas masing-masing
manakala pembayaran duit asrama dan PIBG pula akan diadakan di Bilik Perpustakaan sekolah 

Seluruh warga SMA JAIM Assyakirin mengucapkan Ahlan wa sahlan kepada semua pelajar dan ibubapa

Jumpa di sana..

Tuesday, December 14, 2010

Pentadbir SMA JAIM Assyakirin

Dari kiri
 Pn. Hairul Bariyah Binti Haron ( GPK1), Us. Fahrurrazi Bin Sulaiman (GPK HEM),
Tn. Hj. Abdullah Thani Bin Masbar ( Pengetua) dan En. Muhammad Fakhrurrazi Bin Isnin ( GPK Kokurikulum)

Tuesday, December 7, 2010

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad S.A.W

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan.”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2 . Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang – benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Salam Maal Hijrah 1432H


Kami warga Assyakirin Selandar ingin mengucapkan





Tema : " 1 Malaysia 1 Ummah "



Huraian Peristiwa Hijrah



Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah: 91).



Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).


Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.


Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah; “Sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”


Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

Puan Hajah Juliah bt Haji Leman dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Melaka


Warga SMA JAIM Assyakirin ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Hajah Juliah binti Haji Leman, mantan Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka yang telah dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Melaka yang baru bagi menggantikan Datuk Haji Isa bin Haji Abu yang telah memulakan tugas sebagai Pengarah BPSH di Putrajaya. Semoga pelantikan sebagai pengarah negeri Melaka ini akan memacukan lagi kecemerlangan prestasi Jabatan Pelajaran Melaka.

Jamuan Akhir Tahun Tingkatan 1, 2 & 3

Ucapan pembukaan oleh Ustaz Muhammad Nuri
Aksi penceramah hebat !!

Cikgu Feeza bersama Cikgu Shaflina

Guru-guru lelaki

Guru-guru perempuan

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengelola jamuan akhir tahun bagi tingkatan 1, 2 & 3 kerana telah berjaya mengadakan jamuan akhir tahun bagi tahun 2010..